Sinar Harian
- Mohd Yusof menunjukkan tempat tidur seorang warga emas, Yusof Lasam di atas timbunan kain dan kotak terbuang di kampung Ujung Pasir, semalam. Gambar kecil: Yusof menunjukkan kad taraf penduduk tetapnya yang sudah rosak.
- Sampah yang tidak digunakan dibakar, seterusnya mengundang pencemaran udara.
UJUNG PASIR - Sudah hampir 30 tahun dia tidur di atas longgokan sampah.
Bau busuk yang meresap ke hidung tidak dihirau. Kekotoran yang
melingkar tidak diendah.
Setiap malam, kain dan kotak terbuang menjadi tilam empuk Yusof Lasam,
70, untuk menjemput mimpi indah menghias tidur. Dan bangsal usang ini
jadi kediaman tempat dia berlindung dari kesejukan.
Istana milik Yusof ini tidak pernah menikmat kemudahan elektrik. Malah
segala keperluan air diangkutnya dari perumahan berhampiran.
“Dulu, saya pernah guna lilin dan pelita. Tapi sejak peristiwa badan
saya hampir terbakar, saya tak berani lagi pakai lilin dan pelita.
Sekarang cuma pakai lampu suluh sahaja,” katanya ketika ditemui di tapak
pembuangan sampah haram di Jalan Panjang di sini, semalam.
No comments:
Post a Comment