14 Mar 2015
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada
ketua polis negara untuk menjelaskan tindakan segera polis muncul di
rumah MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar untuk merakam kenyataannya
dalam masa 24 jam selepas laporan dibuat terhadapnya.
Beliau
berkata demikian sewaktu ditanya tentang tindakan tersebut berbanding
masa yang diberikan polis kepada Menteri Pertanian, Datuk Seri Ismail
Sabri untuk tampil memberi keterangan berdasarkan kesesuaian masanya
sendiri.
"Itu soal berkaitan operasi yang boleh dijawab dengan baik oleh ketua polis.
"Itu boleh ditanya kepadanya pada majlis yang dihadirinya.
"Saya jaga soal polisi sahaja. Kalau tidak, lebih baik saya jadi ketua polis," kata Zahid (kanan) menjawab soalan wartawan.

Malaysiakini
No comments:
Post a Comment