8 Mar 2015
Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengecam keras penahanan ketua mereka Nik
Nazmi Nik Ahmad dan seorang lagi pemimpin akar umbi pergerakan itu oleh
pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“PDRM sewajarnya membenarkan saja perhimpunan ini berlangsung dan hanya bertindak untuk mengawal keselamatan dan kelancaran perhimpunan.
“Jika himpunan menyokong rejim pemerintah dibenar, secara logik dan adilnya himpunan yang mengkritik rejim pemerintah juga harus dibenarkan,” Kata Timbalan Ketua AMK Dr Afif Bahardin.
Tambahnya lagi, penahanan itu melanggar hak asasi warganegara daripada aspek kebebasan bersuara, berhimpun dan menubuh persatuan, yang dijamin perlembagaan.
Saifullah ditahan malam semalam manakala Nik Nazmi tengah hari tadi kerana terlibat dalam perhimpunan “Kita Lawan” di ibu negara semalam.
Saifullah dan Nik Nazmi kini berada di lokap Balai Polis Jinjang di ibu negara.
Malam ini “Kita Lawan” merancang berkumpul di balai itu bago meyatakan perasaan tidak puas hati mereka.
Sementara itu, MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar juga membangkitkan persoalan hak asasi dengan tindakan itu.
“Mengapa YB Nik Nazmi dan saudara Saifullah ditahan?
“Ini melanggar prinsip hak asasi yang dijamin Perlembagaan Malaysia!” tulis Izzah di Twitter.
Petang semalam, ribuan penyokong Kita Lawan berhimpun di ibu negara bagi menyatakan setiakawan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjara dan mendesak pengunduran perdana menteri.

Malaysiakini
No comments:
Post a Comment