Wednesday, March 4, 2015

Pengemis Berpenghasilan Lumayan Sebulan!

Rabu, 4 Mac 2015
 
wikipedia.org Kota Beijing

BEIJING,   Mengemis ternyata merupakan profesion yang boleh diandalkan. Jumlah wang yang diterima cukup besar sehingga orang rela berpura-pura menjadi pengemis miskin dengan disabilitas (OKU). Aksi pura-pura ini sudah dilakukan bertahun-tahun oleh seorang lelaki  berusia 46 tahun yang bernama Li.

Pada 16 Februari 2015, ketika sedang mengemis  di  stesyen keretapi bawah tanah jalur 5, di Beijing, Tiongkok, Li ditangkap polis. Ia dikenakan  tuduhan mengganggu ketenteraman umum. Setelah diperiksa, polis  mendapati bahawa Li adalah orang yang cukup kaya. Ia memiliki rumah di Beijing.

Dari aksinya mengemis di keretapi bawah tanah, Li mendapatkan penghasilan 9,000 yuan  sebulan. Dia memberitahu  polis  bahawa dirinya berpura-pura menjadi pengemis dengan berlagak OKU kerana boleh mendapatkan wang lebih banyak dibanding hanya menjadi pengemis normal. ”Pengemis dengan disabiliti dapat mengantongi 300 yuan   setelah menyusuri keseluruhan keretapi,” tuturnya.

Seperti ditulis globaltimes.cn, Li selalu mulai beroperasi dari stesyen yang sama. Ia lantas masuk ke tandas untuk mengganti pakaiannya dengan pakaian lain yang lusuh dan kotor. Penampilannya benar-benar menyerupai lelaki tunawisma yang malang. Dengan kata lain, setelah Li berganti pakaian, tidak ada orang yang menduga dirinya adalah pemilik hartanah di Beijing, kota yang harga propertinya terus meningkat.

Menurut polis , Li terkenal kejam terhadap sesama ”pengemis” yang ditemuinya di dalam keretapi. Tanpa ampun, Li tega menyakiti para pesaingnya tersebut. ”Jika para pengemis dengan bayi-bayi mereka datang, saya akan mematahkan kaki mereka. Tidak ada seorang pun yang berani datang,” tutur Li. Sikap keras terhadap pengemis lain dilakukan Li kerana dia sedar bahawa hanya dengan cara itu penghasilannya boleh terus dipertahankan. (ATO)
Editor : Egidius Patnistik
Sumber: KOMPAS CETAK
KOMPAS.com

No comments:

Post a Comment