Monday, March 30, 2015

Polis, SKMM serbu portal, tiga editor ditangkap

30 Mar 2015
Lebih 10 pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis hari ini menyerbu pejabat portal berita The Malaysian Insider (TMI) di Petaling Jaya.

Tiga editor kanan portal berita itu ditangkap bawah Akta Hasutan.

Editor urusan Lionel Morais, editor berita edisi Melayu Amin Iskandar dan editor rencana Zulkifli Sulong dipercayai akan ditahan di lokap balai polis Jinjang, Kuala Lumpur malam ini.

Polis juga merampas komputer dan telefon tangan milik mereka.

Tindakan ini dipercayai berkaitan laporannya yang menyebut Majlis Raja-Raja Melayu menolak hudud yang didakwa palsu.

Minggu lalu, selepas aduan polis, Majlis Raja-Raja Melayu berkata ia tidak pernah menolak hudud seperti dilaporkan portal itu.

Malah, mereka tidak pernah membangkitkan isu enakmen syariah itu dalam mesyuarat mereka baru-baru ini, kata Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad.
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment