10 Mar 2015
Polis terus menahan pemimpin pembangkang yang datang ke balai polis
dalam usaha menyiasat perhimpunan pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sabtu
lalu.
Terbaru Naib Presiden PKR Rafizi Rafizi ditangkap ketika hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur untuk membuat laporan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ketua PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, yang ditahan dua hari lalu, dijangka akan dibebaskan malam ini, kata peguamnya.
Seorang lagi pemimpin demonstrasi Kita Lawan, Fariz Musa, ditahan hari ini dan belum dibebaskan.
Menurut maklumat daripada biro komunikasi PKR, Rafizi ditahan kira-kita jam 7 petang sejurus selesai memberi keterangan berkenaan dakwaan berkaitan syarikat pelaburan negara itu.
Beliau dikatakan ditahan bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman berkaitan Himpunan Kita Lawan pada 7 Mac lalu.

Malaysiakini
No comments:
Post a Comment