Wednesday, April 8, 2015

BERSIH sangsi dengan pendaftaran pengundi

7 Apr 2015
Namun Badan pendesak reformasi pilihan raya BERSIH mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan tindakan tidak mengikut tertib kerana membenarkan Jabatan Hak Ehwal Khas menjadi ejen pendaftar pengundi.

Sedangkan, SPR sudahpun menyekat kesemua NGO dan parti politik daripada bertindak sebagai pegawai pembantu pendaftar (ARO) sejak 2013.

Bagaimanapun, pegawai JASA masih dibenarkan untuk bertindak sebagai ARO untuk mendaftar pengundi, kata BERSIH.

Badan itu mendakwa, semakan di laman web JASA Johor menunjukkan seramai 35 daripada 52 ARO mempunyai hubungan terus dengan BN atau NGO berkaitan BN seperti PERKASA dan Gerakan Belia 4B.

"Tambahan pula, ARO yang disenaraikan dalam laman web SPR Melaka hanya mereka dari Umno dan parti komponen BN, IPG,” kata pegawai BERSIH, Zoe Randhawa.

Randhawa berkata, tindakan itu menimbulkan banyak persoalan ke atas kredibiliti dan integriti SPR.

JASA merupakan unit propaganda bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment