Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menggesa agar MB Kedah, Datuk
Mukhriz Mahathir tidak ditekan agar menyatakan sokongan ke atas perdana
menteri.
Laporan The Star Online menyebut, Khairy berkata, beliau yakin Mukhriz akan dapat menyatakan pendirian “bila tiba masanya”.
“Saya percaya beliau faham dengan keadaan dan beliau akan membuat kenyataan berhubung pendiriannya bila tiba masanya.
“Beliau ahli politik berpengalaman. Beliau sedar apa yang beliau dan saya percaya beliau akan nyatakan pendiriannya.
“Tidak perlu beri tekanan pada beliau,” katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.
Mukhriz kini dalam keadaan serba salah ekoran kritikan yang disuarakan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Pengerusi Umno Kedah itu kini menerima kritikan dari pemimpin Umno tempatan kerana masih belum menyatakan sokongan ke atas Najib.
Seorang ADUN Kedah pada hari Ahad lalu malah menuntut agar Mukhriz meletak jawatan kerana tidak dapat menyatakan sokongan pada PM.
Di peringkat lebih tinggi, menteri pertahanan yang juga naib presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengingatkan Mukhriz agar memastikan Umno Kedah tidak berpecah belah ekoran isu ini.

Malaysiakini
No comments:
Post a Comment