Sinar Harian
20/4/15
GUA MUSANG – Hasil kemuafakatan 97 individu mengumpulkan dana menerusi
konsep `Kedai Akhirat’ berjaya membina dua rumah untuk keluarga mangsa
banjir di Kampung Bertam Baru, dekat sini.
Selain itu, dana sebanyak RM200,000 yang dikumpulkan hasil sumbangan orang ramai sejak ditubuhkan dua tahun lalu, turut dibelanjakan bagi membaik pulih rumah yang rosak dilanda banjir besar akhir tahun lalu.
Ketua Pengurusan Kedai Akhirat, Wan Azarina Wan Ab Aziz berkata, pihaknya setakat ini hanya membina dua rumah dahulu untuk dua ibu tunggal mangsa banjir dengan kos setiap satu RM35,000.
Beliau berkata, banyak lagi rumah mangsa banjir akan dibina hasil sumbangan orang ramai selepas ini, tetapi perkara itu akan diteliti terlebih dahulu kerana tidak mahu berlaku pertindihan dengan pihak lain.
“Penubuhan `Kedai Akhirat’ itu cetusan idea Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin supaya kumpulan 97 individu ini menjadi pemangkin permulaan kutipan dana itu yang sekurang-kurang dapat menderma 25 sen sehari.
“Kedai Akhirat itu terbuka kepada derma orang ramai dan dikumpulkan untuk melakukan kerja amal seperti membina rumah kepada keluarga yang dilanda banjir,” katanya kepada pemberita selepas menyerah rumah pertama mangsa banjir di Bertam Baru, dekat sini, kelmarin.
Beliau menyerahkan kunci rumah berkenaan kepada ibu tunggal, Sarinah Husin, 41, yang mempunyai tujuh anak dan suaminya meninggal dunia selepas seminggu kejadian banjir kerana terkejut rumah dihanyutkan banjir.
Wan Azarina berkata, sebuah rumah lagi untuk ibu tunggal masih dalam pembinaan dan dijangka siap dalam masa sebulan lagi sementara banyak rumah yang mengalami kerosakan dilanda banjir dibaik pulih secara berperingkat.
“Kita menyedia barang untuk membina rumah dan membaik pulih rumah rosak supaya pelaksanaan dapat dipercepatkan mengikut tempoh ditetapkan, syukur kepada Tuhan kerana setakat ini berjalan lancar.
“Setakat ini juga kita sudah membelanjakan hampir RM100,000 bagi membina dua rumah baharu dan membaik pulih rumah penduduk yang dirosak dilanda banjir di sekitar Kampung Bertam Baru,” Katanya.
Beliau berkata, Kedai Akhirat itu sedia menerima bantuan daripada orang ramai pada bila-bila masa kerana setiap dana yang dikumpulkan itu akan dibelanjakan untuk kebajikan penduduk yang ditimpa bencana.
“Kita pilih dua keluarga dahulu bagi membina rumah untuk mangsa banjir itu kerana mereka mempunyai tanah milik sendiri dan sukar bagi kita jika mangsa banjir tidak mempunyai tanah milik untuk dibantu membina rumah itu,” katanya.

No comments:
Post a Comment