Sunday, April 5, 2015

Najib mesti jawab soalan Dr M. Khairy pula bersuara

4 Apr 2015
Ekoran kritikan pedas Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, Ketua Pemuda Umno,Khairy Jamaluddin memberi reaksi yang nampaknya seperti mahu menjaga hati kedua-dua mereka.

Khairy berkata memandangkan pengaruh besar Dr Mahathir terhadap rakyat, maka mengabaikan apa yang beliau tulis di blog beliau "bukanlah satu pilihan".

Oleh itu, Najib sendiri perlu menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir, walaupun soalan-soalan tersebut dikatakan telah dijawab sebelum ini, katanya.

"Sebagai bekas perdana menteri, kita perlu mendengar dan menghargai apa yang beliau ditulis.

"Kita perlu menjawab apa yang Dr Mahathir tulis," katanya sambil menambah bahawa mereka tidak boleh menjadi seperti burung unta yang menyembunyikan kepalanya dalam pasir dan berharap masalah itu akan hilang.

"Itu bukan cara yang betul," kata Khairy kepada pemberita di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Khairy menegaskan bahawa Pemuda Umno dan kabinet memberi sokongan kepada Najib.

"Sebagai seorang menteri dan Ketua Pemuda Umno, kami yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Najib sebagai PM dan presiden Umno," katanya.

Diminta mengulas komen Dr Mahathir bahawa BN dan Umno akan kalah dalam pilihan raya umum ke-14 jika Najib terus memimpin, Khairy berkata: "Kami tak bersetuju".
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment