Tuesday, April 7, 2015

Pasukan Khas AS Tak Yakin Anggota Wanita Boleh Jalankan Tugas Mereka

Selasa, 7 April 2015 
 
Reuters Marine AS di sebuah helikopter di pangkalan udara Kandahar, Wilayah Helmand, Afghanistan

WASHINGTON - Penemuan baru mengungkap bahawa para lelaki di pasukan-pasukan khas Tentera  Amerika Syarikat tidak yakin bahawa perempuan dapat memenuhi tuntutan fisikal dan mental untuk menjalankan tugas komando dalam pasukan khas, dan khuatir Pentagon akan menurunkan standard  untuk memasukkan perempuan di unit elite mereka. Demikian menurut berbagai wawancara dan dokumen yang diperoleh oleh kantor berita Associated Press.

Kajian itu menemui berbagai miskonsepsi dalam unit-unit pasukan khas mengenai apakah perempuan dapat melakukan pekerjaan tentera lelaki Terungkap pula kebimbangan bahawa para pemimpin tentera akan menyerah pada tekanan politik, yang berakibat pada menurunnya standard pelatihan, menurut sebuah dokumen.

Bukan hanya lelaki yang memiliki miskonsepsi ini. Para peneliti menemui kebimbangan  yang sama di antara perempuan dalam unit operasi khas.

Dan Bland, pengarah pengurusan pasukan untuk Komando Operasi Khas AS, mengatakan kepada AP bahawa hasil penelitian akan digunakan untuk mengarahkan pendidikan bagi para anggota pasukan ke depannya.

Sekitar 66,800 orang betugas di komando ini, termasuk 3,000 pegawai awam non-militer. Survei disebarkan kepada 18,000 orang dengan posisi pekerjaan dekat dengan perempuan, dan survei memperoleh 50 peratus respon. Tingkatan respon yang cukup ini, menurut para pegawai, menujukkan minat yang tinggi terhadap topik ini.

Kajian  ini merupakan sebahagian dari usaha Pentagon untuk membuka semua posisi tempur militer bagi perempuan dan memberikan alasan mengapa sebahagian pekerjaan harus dibatasi hanya untuk perajurit laki-laki.

Kajian yang dilangsungkan oleh lembaga RAND Corp. mencerminkan keraguan bahawa perempuan dapat memenuhi seluruh tuntutan pekerjaan, menemukan keprihatinan bahawa pelecehan maupun serangan seksual dapat meningkat, dan mengutip kekhuatiran mengenai perilaku yang tidak setara terhadap kandidat dan personel operasi khas. Sebahagian khuatir bila perempuan diperbolehkan untuk menjalankan pekerjaan tertentu, mereka akan diperlakukan lebih keras.

Rincian survei ini belum diungkap. Ini merupakan pertama kalinya pegawai dari Komando Operasi Khas AS secara terbuka membahas hasil studi mengenai topik ini.

Andy Hamilton, pakar isu ini, mencatat bahawa perempuan juga memiliki keperihatinan yang sama dengan integrasi yang lebih luas.
 
"Mereka khuatir ini akan menghasilkan standard yang lebih rendah bagi pekerjaan yang saat ini hanya dibatasi bagi lelaki, dan ini akan tercermin pada mereka atau perempuan yang menduduki posisi tersebut," ujar Hamilton.

Pentagon membolehkan perempuan menduduki posisi tempur pada 2012, namun memberi waktu bagi institusi-institusi tentera untuk mengintegrasikan perempuan secara bertahap dan sistematik ke dalam posisi di garis depan. Mulai Januari 2016, tentera Amerika diharuskan membuka semua posisi tempur bagi perempuan atau menjelaskan mengapa perkecualian harus diterapkan.

Posisi dalam pasukan-pasukan operasi khas, termasuk unit Navy SEAL dan Army Delta dianggap sebagai pekerjaan tentera  paling sukar dan meletihkan, dengan pelatihan yang mendorong anggota pasukan ke batasan fizikal, mental dan emosional mereka. Komando beroperasi dalam pasukan-pasukan kecil di lokasi yang berkondisi sukar  dan terpencil.
Editor : Egidius Patnistik
Sumber: VOAINDONESIA/ KOMPAS.com  

No comments:

Post a Comment