7/4/15
Sejumlah perempuan mendatangi doktor untuk meminta penjelasan mengenai lelaki yang menjadi kekasih mereka.
Sebanyak 17 wanita baru mengetahui mereka memacari seorang lelaki yang sama setelah mereka datang melawat lelaki tersebut di sebuah rumah sakit di China.
Perbuatan lelaki bernama Yuan terungkap ketika dia mengalami kemalangan kereta dan harus menjalani rawatan di sebuah rumah sakit. Para doktor di rumah sakit kemudian menghubungi 17 kekasihnya.
Ketika para perempuan itu bermunculan pada waktu yang sama, mereka baru mengetahui bahawa Yuan menjalin hubungan asmara dengan mereka pada saat bersamaan.
Bahkan, sebagaimana dilaporkan surat khabar the South China Morning Post, salah seorang dari perempuan itu memiliki anak hasil hubungan dengan sang lelaki itu.
“Saya benar-benar khuatir ketika mendengar dia di rumah sakit,” kata Xiao Li, yang telah menjalin asmara dengan Yuan selama 18 bulan.
“Namun, ketika saya melihat makin ramai wanita cantik yang juga datang menjenguknya, saya tidak boleh lagi menangis,” imbuh Xiao kepada harian Xiaoxiang Chen Bao.
Menurut Xiao, salah seorang perempuan menampung hidup Yuan dengan memberikan wang secara rutin selama sembilan tahun.
Perempuan lainnya mengaku dia sedang merancangkan perkahwinan dengan Yuan.
Kisah tentang urusan peribadi Yuan dan 17 kekasihnya sontak marak di kalangan pengguna media sosial China. Ribuan orang berkomentar mengkritik cara Yuan mengeksploitasi kekasih-kekasihnya. Namun, ada pula yang terang-terangwanita pada saat bersamaan.
Di sisi lain, beberapa orang tidak habis fikir bagaimana para kekasih Yuan tidak mengetahui kejanggalan dalam hubungan mereka.
Bagi Yuan sendiri, masalah terus timbul. Setelah dirundung sakit akibat kecelakaan dan terserempak 17 kekasihnya, kini polis China tengah menyiasatnya atas tuduhan penipuan.
Sumber:detikNews/BBCIndonesia.com -
No comments:
Post a Comment