Sunday, April 5, 2015

Terbukti Tak Bersalah, Pesalah Hukuman Mati Dibebaskan Setelah 30 Tahun di Penjara

  4 April 2015 

 
BBC. Ray Hinton mendekam 30 tahun di penjara menanti eksekusi hukuman mati sebelum akhirnya dinyatakan terbukti tak bersalah
  Seorang pesalah hukuman  mati yang sudah 30 tahun di penjara menanti giliran eksekusi, dibebaskan kerana   terbukti tidak bersalah.

Anthony Ray Hinton, warga Alabama, AS, dijatuhkan hukuman mati tahun 1985 untuk dakwaan membunuh dua orang pengurus restoran.

Tahun lalu, lelaki berusia 58 tahun itu mendapat hak untuk mendapatkan perbicaraan ulangan.

Ujian makmal  terhadap peluru yang ditemui di lokasi kejadian, ternyata tidak terkait dengan senjata yang ditemui di rumah Hinton. Ini membuat pendakwa kemudian menarik balik kes ini, dan Hinton pun bebas.

Peguamnya, Bryan Stevenson, mengatakan bahawa waktu itu Hinton dihukum  mati kerana dia tak mampu membayar peguam  yang bagus.

Ketika keluar dari Penjara Jefferson Country, Birmingham, AS, Hinton memeluk para anggota keluarganya dan berkata: "Terima kasih, Yesus."

"Yang harus mereka lakukan hanyalah menguji senjata itu," kata Hinton ketika menyatakan bahawa dia tak seharusnya selama 30 tahun mendekam di penjara untuk menanti jadual eksekusi."

Peluru di lokasi perkara adalah satu-satunya bukti yang waktu itu mengaitkan Hinton pada pembunuhan itu.

Namun pendakwa dalam perbicaraan ulangan mengatakan, bahawa kaedah modern membuktikan bahawa peluru-peluru itu tak ada kaitannya dengan revolver di rumah Hinton.

"Setiap hari, setiap bulan, setiap tahun yang dirampas negara dari Hinton, mereka merampas sesuatu yang mereka (negara) tak punya kemampuan untuk mengembalikannya," kata peguam Bryan Stevenson,

Stevenson yakin, bahawa dulu Hinton dipenjara kerana   tak mampu memperoleh peguam yang bagus, kerana hanya memiliki  wang sebanyak 1.000 dollar AS  untuk menyewa pakar yang boleh membantah tuduhan pendakwa  terkait peluru itu.

Peguam menyewa pakar yang bersedia bekerja dengan honor sebesar itu, dan disebutkan bahawa para juri tertawa ketika sang pakar  kerepotan dalam menjawab pertanyaan sepanjang perbicaraan.

Mahkamah Agung AS mengeluarkan keputusan tahun lalu, bahawa Hinton tak memperoleh bantuan hukum yang memadai ketika diadili tahun 1985 itu, dan memutuskan agar kes ini dibicarakan semula Pebicaraan ulangan ternyata berakhir dengan pembebasan Hinton.
Editor : Egidius Patnistik
Sumber: BBC Indonesia/ KOMPAS.COM

No comments:

Post a Comment