Tuesday, April 28, 2015

Wanita Kesepian ini Bunuh Diri Masuk Peti Sejuk

28/4/15

Seorang wanita Perancis usia 57 tahun ditemui meninggal   di dalam peti sejuk. Berdasarkan keterangan polis, wanita  yang tidak disebutkan namanya itu nekat mengurung diri di dalam peti sejuk kerana   hidup kesepian. Penemuan mayat wanita itu berdasarkan laporan puterinya yang bimbang sebab tidak mendapatkan khabar dari ibunya selama beberapa hari terakhir.

Setelah melakukan pencarian dan penyisiran di rumah mangsa anggota bomba  yang ikut mencari akhirnya menemui jenazah wanita itu telah membeku.

"(Perempuan itu) meringkuk di dalam peti sejuk," kata sebuah sumber poliss kepada AFP.

"Dia mengunci diri di sana untuk bunuh diri," tambah sumber itu.

Menurut pihak polis, mangsa meninggalkan lima surat wasiat yang ia tujukan pada anggota keluarganya. Dalam salah satu surat disebutkan alasan ia bunuh diri, bahawa dia "menderita sejumlah penyakit dan sangat kesepian."

Sumber

No comments:

Post a Comment