Sunday, May 31, 2015

Anggap berjuang terus menang, satu kesilapan

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: "Kalau anggap berjuang ini senang. Berjuang hari ini terus menang, ini satu kesilapan," ujar Ustaz Idris Ahmad.
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata,  akikatnya ia bukan dihampari dengan permaidani merah, tetapi penuh dengan onar dan duri.

Ini, ujarnya kerana usaha untuk menyokong kebatilan lebih banyak daripada menyokong kebenaran.
"Kalau tidak ada semangat yang bertunjangkan iman yang mendalam kita akan kecundang di pertengahan jalan," ujarnya dalam tulisan di facebook.

AJK PAS Pusat itu turut menyatakan keseronokan melihat kawan-kawan yang cukup rajin menulis, copy and paste di laman sosial seperti facebook dan WhatsApp.
"Walau bagaimanapun perlu berhati-hati dengan perbuatan kita. Kerana apa yang kita tulis tadi akan dibaca dan disebar pula oleh orang lain.

"Alangkah beruntungnya kita, kalau apa yang kita tulis itu ada manfaat untuk dunia dan agama kita. Jika sebaliknya, maka tunggulah pembalasannya. Ajal bukan lama mana dah," tambahnya. - HARAKAHDAILY 30/5/2015

No comments:

Post a Comment