Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Rahmat Othman berkata, dalam operasi jam 12.10 malam itu, anggotanya turut berjaya menahan empat lelaki dipercayai penagih dadah.
Menurut Rahmat, operasi terbabit dijalankan selepas mendapat maklumat daripada orang awam.
“Sepasukan lima anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi yang diketuai oleh Asisten Superintenden Mohd Haidzir Che Pa bertindak mengepung lokasi berkenaan.
“Menyedari kehadiran pihak polis, kesemua lelaki terbabit cuba melarikan diri namun berjaya diberkas. Hasil pemeriksaan lanjut di rumah rakit itu telah menjumpai lima paket plastik cerah mengandungi tumbuhan kering disyaki berisi ganja berat kasar 137 gram,” katanya.
Tambah Rahmat, kesemua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Merbahaya 1952.
"Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan," katanya.
No comments:
Post a Comment