Sunday, May 17, 2015

Gadis ini didenda 1.6 juta Rupee kerana tak mahu berkahwin muda

17/5/15
Tak mau menikah muda, gadis ini didenda Rp 326 juta
Ritual perkahwinan di India. (c) AFP
Nasib malang diterima Santadevi Meghwal, gadis 19 tahun asal desa terpencil Rochihan Khurd di Negara Rajashtan, India. Minggu ini, keluarganya didenda dewan adat setempat sebesar 1.6 juta Rupee   kerana menolak berkahwin muda. Meghwal dan keluarganya dianggap melanggar adat lantaran membatalkan perkahwinan yang sudah diatur sejak gadis itu masih bayi,

Seperti dilansir Emirates247, Ahad (17/5), Meghwal sudah dikahwinkan sejak umur 11 bulan dengan bayi lelaki dari desa yang sama. Sampai akil baligh, pernikahan ini tak pernah diceritakan padanya.

Barulah ketika Meghwal ingin ke kuliah, ayah dan ibunya menceritakan pernikahan awal tersebut. "Saya tidak mau berkahwin, saya ingin jadi guru," ujarnya ketika diwawancara Stesyen Televisyen CNN-IBN.

Luluh mendengar keinginan puterinya, Padmaram sempat memujuk keluarga besannya membatalkan perkahwinan tersebut. Tapi keluarga Meghwal dianggap merosak tatanan. Bahkan warga satu kampung sepakat memberi denda mahal pada keluarga malang miskin.

"Warga desa terus mendesak agar puteri kami berkahwin," kata Padmaram.
Beruntung, isu ini menyebar ke seluruh India. Sebuah LSM bernama Sarathi Trust, kini telah mendampingi keluarga Meghwal. Para pegiat kemanusiaan pun akan balik menggugat Dewan Adat Rochihan kerana memaksakan perkahwinan awal.

Peraturan  federal India melarang anak di bawah 18 tahun berkahwin. Nyatanya, di banyak Negara Bagian, termasuk Rajashtan, tradisi mengahwinkan bayi masih jamak terjadi. Data 2014, sebanyak 47 peratus populasi perempuan di Negeri Sungai Gangga telah berkahwin sebelum berusia 20 tahun.
Sumber: Merdeka.com 

No comments:

Post a Comment