19 May 2015
Penjelasan bahawa jet kerajaan diperlukan demi keselamatan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh
diterima, kata bekas pemimpin nombor satu negara Tun Dr Mahathir
Mohamad.
“Adakah
ia akan menghentikan penculikan dan pencerobohan biasa di Sabah atau
penyeludupan senjata di sepanjang sempadan di utara?
“Atau keselamatannya untuk orang yang terbang dalam jet peribadi sahaja?” soalnya dalam blog hari ini.
Beliau juga membangkitkan serangan pengganas di negara ini yang menyebabkan kematian kepada anggota polis dan tentera dalam negara.
Mahathir (kiri) membangkitkan berhubung pembelian jet mewah itu sama ada ia menandakan negara ini mementingkan keselamatan rakyatnya.
“Sungguh memalukan apabila kita tidak dapat pastikan keselamatan rakyat kita sendiri,” katanya lagi.
Lahad Datu di Sabah diceroboh pada Februari 2012 dan berlaku insiden penculikan di Sabah yang dikaitkan dengan pengganas daripada selatan Filipina.
Terbaru pada 14 Mei, dua rakyat Malaysia diculik di Sandakan walaupun kerajaan memperuntukkan RM660 juta setahun untuk projek Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).

Malaysiakini
Kadar kalangan penduduk yg menderita sakit atau gangguan mental adalah tinggi. Pada pengamatan gue. mereka yg menganuti Islam secara tuntas, kekal teratur pemikiran dan hidupnya sehingga akhir hayat.
ReplyDelete