Monday, May 4, 2015

Mat Sabu pemimpin terbaru ditahan


 
4/5/15

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ditahan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi berhubung himpunan membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang berlangsung Jumaat lalu.

Ketika dihubungi Malaysiakinipetang ini, Mohamad berkata beliau menyerah diri kepada polis jam 11.30 pagi ini di Balai Polis Dang Wangi sebelum ditahan kira-kira setengah jam kemudian.

"Dua hari lepas saya di lapangan terbang nak pergi Sabah, polis kata nak datang tangkap saya. Saya kata kepada polis saya akan serah diri selepas dua hari kerana saya ingin pergi ke Sabah dahulu.

"Saya akan disiasat bawah Akta Hasutan, tetapi saya tidak tahu kesalahan saya lagi. Sekarang tunggu untuk merakamkan kenyataan," katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Sementara itu, Ketua Polis Dang Wangi Zainol Samah mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa Mohamad telah ditahan pagi ini.

Ditanya peruntukan undang-undang yang diguna untuk menyiasat Mohamad, beliau berkata: "Sama seperti yang lain".

Setakat ini seramai 36 pemimpin pembangkang dan aktivis ditahan telah ditahan berkaitan demonstrasi itu.

Ini termasuk bekas presiden Majlis Peguam Datuk S Ambiga, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, Naib Presiden Tian Chua dan Setiausaha Organanisasi DAP Anthony Loke.

Mereka dibebaskan selepas semalaman ditahan.

Bagaimanapun 23 individu masih ditahan dan di antaranya disiasat kerana melanggar undang-undang berkaitan perhimpunan haram, hasutan, vandalisme dan melanggar peruntukan bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment