Tun Dr Mahathir Mohamad  
  • Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan sempena pelancaran buku "Dr Mahathir's Selected Letters to World leaders Vol 2" di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA - Soalan siapa Timbalan Perdana Menteri jika Tan Sri Muhyiddin Yassin diangkat menjadi Perdana Menteri yang dibangkitkan Speaker Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak sebelum ini disifatkan sebagai cubaan untuk memecah-belah parti.
 
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Salleh mahu beliau menamakan seseorang dan kemudian mereka bercakaran sesama sendiri.
 
"Itu (siapa TPM pasal nak cari pecah-belah. Dia cuba untuk pastikan anda menamakan seseorang dan kemudian mereka bergaduh sesama sendiri.
 
"Itu (siapa TPM) untuk parti putuskan. Ada tiga Naib Presiden," katanya pada sidang media selepas melancarkan buku 'Dr Mahathir's Selected Letters to World Leaders Volume Two' di sini, hari ini.
 
 
Sebelum ini, ‎Salleh menulis di blognya dan mendakwa Tun Mahathir mahu memilih sendiri siapa yang beliau mahukan untuk memimpin negara ini untuknya.
 
Malah katanya, siapa pun calon itu, dia mesti seseorang yang boleh mendengar arahan bekas perdana menteri itu.