Malaysiakini 19 Jul 2015
Menteri Besar Selangor Azmin Ali berkata parti-parti Pakatan Rakyat
perlu bersatu dalam memastikan kepercayaan rakyat dalam pilihan raya
akan datang.
Enggan mengulas kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Samad bahawa Gerakan Harapan Baru (GHB) hanya akan menguntungkan BN, Azmin percaya parti Islam itu akan dapat menyelesaikan masalahnya.
Katanya, beliau tidak mahu campur tangan dalam hal ehwal dalaman PAS.
Beliau percaya kepimpinan PAS mampu menyelesaikan masalahnya supaya rakyat akan yakin bahawa Pakatan akan membawa perubahan dalam pilihan raya umum ke-14.
Azmin memberitahu pemberita demikian di majlis rumah terbuka negeri di Shah Alam hari ini.
GHB ditubuhkan oleh beberapa ahli progresif PAS yang disingkirkan dalam pemilihan semasa muktamar parti itu baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan semalam, Iskandar berkata tumpuan GHB ialah untuk mengukuhkan kedudukannya di kalangan ahli PAS dan bukannya mensasarkan Umno dan BN.
Sementara itu Azmin juga menegaskan bahawa PKR masih belum membuat pendirian mengenai GBH, walaupun Setiausaha Agung parti itu, Rafizi Ramli telah menyatakan sokongan kepada gerakan itu minggu lepas.
Beliau berkata ia akan dibincangkan dalam mesyuarat majlis kepimpinan pusat parti itu, yang mengikut jadualnya, pada hari Khamis depan.

kalau pas boleh sokong khaldi yg dipecat pkr, pkr pun boleh sokong ghb. pas tak boleh marah sbb pas yg mulakan:
ReplyDeleteapa2 pun, azmin kena ingat ini:
1. hadi hina presiden pas.
2. hadi tak sokong presiden pas di permatang pauh.
3. hadi letak calon bertindih di kerusi pkr.
4. hadi fitnah calon pkr.
5. hadi cuba rasuah azmin dgn jwtn mb.
6. hadi biadap dgn DSAI.
7. siapa broker kalau tak PKR?
8. hadi hantar senarai calon sendiri ke istana.
dan banyak lagi perangai tak Islamik hadi ni.
Kalaulah ulama pewaris Nabi saw; adakah hadi ni ulama? atau dia waris nabi mana?