Arahan telah dikeluarkan untuk menahan Papagomo bagi membantu siasatan kerana menyebarkan palsu berkaitan pergaduhan di Low Yat.
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menggesa
blogger UMNO, Papagomo segera menyerah diri kerana terlibat menyebar
maklumat palsu.
Papagomo menyebar maklumat palsu yang mendakwa pergaduhan di Plaza Low Yat berpunca daripada isu perkauman.
“Pihak-pihak di media sosial membuat cerita yang tidak betul.
Menggembar-gemburkan berita yang tidak betul antaranya Papagomo dan
beberapa lagi,” katanya sewaktu ditemui di Plaza Low Yat pada Isnin.
Katanya, polis telah mengeluarkan arahan supaya Papagomo atau
sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris ditahan untuk siasatan lanjut.
“Kita akan tahan dia. Eloklah dia menyerah diri sebelum kita cari
dia. Ada beberapa orang yang telah kita kenal pasti, tetapi Papagomo
itu, saya beritahu awal.
“Kita memantau semua laporan dalam sosial media dan akan ambil tindakan segera.
“Selain kita juga akan menangkap pihak-pihak yang menyebarkan berita
yang tidak benar hingga menyebabkan rusuhan. Isu ini langsung tidak ada
isu perkauman,” tegasnya.
Khalid berkata, polis akan memastikan tidak ada lagi pergaduhan mahupun himpunan di hadapan Plaza Low Yat.
“Kita akan ambil tindakan yang tegas jika perkara ini berulang lagi,” katanya.
Menggunakan akaun Twitter, Papagomo telah memuat naik beberapa status yang didapati mempunyai unsur perkauman.
“Memang time raya la depa ni nak.tipu Melayu kaw kaw. Melayu je tak sedar,” antara tweet Papagomo.
FMT

No comments:
Post a Comment