
Menteri Wakaf Mesir memutuskan melarang Sheikh Mohammed Jibril dari
kegiatan apapun di dalam masjid seperti menjadi imam solat ataupun
memberikan ceramah, pasca mendoakan pemimpin zalim Mesir dalam
kebinasaan pada solat tarawih di Masjid Amr bin Ash pada Isnin (13
Julai).
Dalam kenyataan Menteri Wakaf Dr Mohamed Mokhtar Juma menyatakan
bahawa Sheikh Mohammed Jibril dilarang datang kembali ke Masjid Amr bin
Ash, dan melakukan kegiatan apapun di masjid manapun sama ada menjadi
imam, berceramah ataupun memberikan pelajaran agama, lapor laman
Eramuslim.com.
Dr Mohamed Mokhtar Juma menambah, barang siapa yang membantu Sheikh
Mohammed Jibril untuk menjadi imam atupun berceramah, maka pihak
berkuasa Mesir akan bertindak tegas terhadap orang tersebut.
Tidak hanya sampai di situ, Dr Mohamed Mokhtar Juma menyatakan
hukuman juga berlaku pada setiap ceramah Sheikh Mohammed Jibril di radio
dan stesen melalui televisyen di Mesir, serta akan meminta secara rasmi
kepada seluruh stesen televisyen di Timur Tengah untuk tidak mengundang
beliau.
Perlu diketahui bahawa larangan ini bermula apabila Sheikh Mohammed
Jibril melakukan doa qunut yang meminta pertolongan Allah Subhanahu wa
Ta'ala dari penindasan para tentera dan Firaun di Mesir, pada malam 27
Ramadhan lalu.
No comments:
Post a Comment