Friday, July 10, 2015

Doktor muda maut lepas tugas lebih 24 jam

- 9 Jul 2015
Seorang pegawai perubatan meninggal dunia akibat kemalangan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bertugas lebih 24 jam di Hospital Sungai Buloh.

Menurut sumber polis, kereta dipandu allahyarham Dr Nur Afifah Mohd Ghazi, terbabas dan melanggar sebatang pokok besar di tepi jalan, tidak jauh dari hospital tersebut.

Sumber polis menyebut, kejadian di Jalan Kuari itu dipercayai berlaku disebabkan mangsa, 27, memandu dalam keadaan terlalu letih.

Saksi di tempat kejadian melihat kenderaan yang dipandu mangsa terbabas ke kiri jalan dan melanggar pokok dalam kejadian kira-kira jam 3 petang semalam.

Menurut polis, mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian dada dan kepala.

Suami mangsa, seorang doktor yang turut bertugas di hospital sama bergegas ke tempat kejadian untuk mengeluarkan jenazah mangsa yang tersepit di dalam kenderaan.

Jenazah mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Allahyarham Afifah yang berasal dari Kamunting, Perak, meninggalkan suami dan seorang anak berusia 11 bulan.

Kes tersebut menimbulkan perbincangan hangat di media sosial mengenai risiko keselamatan pegawai kerajaan dalam sektor kritikal akibat tempoh waktu kerja yang panjang.

Sesetengah pegawai perubatan di hospital kerajaan diketahui berkhidmat sehingga 36 jam untuk satu-satu tempoh tugas atas panggilan (on call)
Malaysiakini

1 comment:

  1. ASS..WR.WB.SAYA IBU RITA TKI HONGKONG INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA MBAH GENEP,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN MBAH SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN KEBUN YANG DULUNYA SEMPAT DIGADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN MBAH GENEP,YANG MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA 4D HONGKONG KEPADA SAYA DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI NO HP: (-085-110-369-888-) MBAH GENEP JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL MBAH GENEP SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN SENDIRI..

    ReplyDelete