Thursday, July 23, 2015

GHB -'Silap-silap mati dalam kandungan, keluar cacat' : Nik Amar

22 Jul 2015
PAS akan mengambil sikap 'tunggu dan lihat' cadangan penubuhan pakatan baru pembangkang yang dilaporkan akan ditubuhkan tidak lama lagi.
  
Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, "Tunggu ia tubuh dulu (sebelum beri komen)..silap-silap mati dalam kandungan atau keluar cacat, mana kita tahu," katanya sinis. 
  
Beliau berkata adalah pramatang untuk mengulas penubuhan pakatan baharu itu memandangkan ia belum direalisasikan.
  
"(Pakatan baharu pembangkang) Tidak tubuh lagi...siapa yang hendak tubuh dan siapa yang terlibat, kita tidak tahu lagi," katanya.
  
Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan mengulas kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa sebuah pakatan baru pembangkang yang akan bekerjasama dengan semua kumpulan progresif akan ditubuhkan tidak lama lagi.
  
Anwar, yang juga ketua umum PKR dilaporkan dalam kenyataan menerusi peguamnya, sedang berusaha ke arah mengukuhkan pakatan yang akan merangkumi semua kumpulan progresif, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti gabungan BERSIH, Abim, Ikram dan Gerakan Harapan Baru yang bakal ditubuhkan.
  
Penubuhan pakatan baru pembangkang itu dikatakan tidak melibatkan PAS.
  
-Bernama

1 comment:

  1. Jawapan dan pandangan yang cukup dangkal oleh orang yang mengelarkan diri sebagai 'ulama'. Tiada langsung kenyataan yang baik dan ikhlas bagi menjernihkan keadaan. Semoga Allah kurniakan pertunjuk untuk sama-sama kita insafi.

    ReplyDelete