Kita orang Malaysia, duduk bersama, Cina, India, Melayu dan bangsa-bangsa lain, kita semua bersaudara

PETALING JAYA: Selebriti Afdlin Shauki menasihatkan orang ramai supaya tidak menganggap insiden pergaduhan di Plaza Low Yat sebagai isu perkauman.
Sebaliknya, Afdlin atau nama sebenarnya Afdlin Shauki Aksan, 43, berkata insiden pergaduhan itu merupakan satu kes jenayah.
“Ini isu orang buat tak betul. Jadi kita bagi pihak polis selesaikan perkara tersebut,” katanya.
Dalam video yang berdurasi 48 saat yang dimuat naik di Facebooknya itu turut memohon semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum supaya bersabar.
“Kita orang Malaysia, duduk bersama Cina, India, Melayu dan bangsa-bangsa lain. Kita semua bersaudara,” katanya lagi.
Pada petang Sabtu, dilaporkan pergaduhan tercetus di tingkat bawah Plaza Low Yat selepas tujuh belia menyerang pekerja kedai menjual telefon bimbit.
Setakat ini, punca sebenar pergaduhan tidak dapat dipastikan.
Video insiden itu tersebar dengan pantas di laman sosial dan perbahasan mengenainya bertukar menjadi buruk dan mengikut garis perkauman.
Pergaduhan berlarutan pada Ahad malam sehingga Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dikerah untuk mengawal keadaan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan keadaan terkawal dan siasatan sedang dijalankan dengan penahanan beberapa suspek.
FMT
No comments:
Post a Comment