Malaysiakini 14 Jul 2015
Kumpulan penentang Akta Hasutan 1948 hari ini menyuarakan rasa tidak
selesa dengan tindakan kerajaan menggunakan undang-undang itu bagi
menangani ketegangan di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur.
Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) berkata mereka tegas menolak langkah itu walaupun berkongsi kekecewaan dengan apa yang berlaku.
“Ia adalah akta yang regresif, melanggar aturan undang-undang, mencabuli sistem demokrasi, menyekat kebebasan bersuara dan melanggar hak asasi manusia.
“Pihak polis boleh sahaja menggunakan peruntukan lain seperti Kanun Keseksaan bagi menjamin keharmonian,” kata GHAH dalam kenyataannya hari ini.
Kumpulan itu turut mengungkit janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiga tahun lalu bersama Jabatan Peguam Negara untuk memansuhkan akta itu.
Najib telah memutuskan meneruskan akta itu.
Najib semalam menggesa pihak berkuasa menggunakan Akta Hasutan terhadap pihak yang mengancam keharmonian kaum susulan insiden keganasan di Plaza Low Yat.
Najib berkata demikian dalam laman Facebook Cina yang menggunakan nama “Ah Jib Gor”.
Bagaimanapun, semakan pada 5.10 petang semalam mendapati tulisan itu dibuang tanpa penjelasan.
Kelmarin, beberapa individu termasuk tiga wartawan cedera dalam serangan di pusat jualan barangan elektronik itu. Hampir 20 orang sudah ditahan.
Ketegangan berpunca daripada pergaduhan pada Sabtu berhubung pertikaian mengenai sebuah telefon bimbit. Polis berkata ia tiada kena mengena dengan pergaduhan kaum.

No comments:
Post a Comment