KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri telah menggantung permit The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily untuk tempoh tiga bulan berkuatkuasa dari 27 Julai.
The Edge dalam satu kenyataan berkata KDN melalui satu surat telah menyatakan laporan mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh kedua-dua penerbitan tersebut ‘memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam, keselamatan atau mungkin menimbulkan keresahan umum atau mungkin memudaratkan kepentingan awam dan negara.’
KDN turut memberi amaran bahawa sekiranya ia gagal untuk menghentikan penerbitan selama tiga bulan, ia akan menyebabkan permit penerbitannya ditarik balik.
Melalui kenyataan yang sama, penerbit dan ketua pegawai eksekutif Kumpulan Media The Edge, Ho Kay Tat berkata beliau kecewa dengan keputusan itu.
"Kami tidak melihat bagaimana mendedahkan kes penipuan untuk menipu rakyat Malaysia sebanyak berbilion Ringgit boleh ditafsirkan sebagai sesuatu yang menjejaskan kepentingan awam dan negara.
“Ini adalah satu usaha untuk menutup operasi kami dengan menutup mulut kami," katanya.
BACA: Benar, kami perdaya bayar Justo - The Edge Media Group
Kay Tat turut berkata The Edge akan membawa kes itu ke mahkamah untuk menarik balik penggantungan tersebut.

No comments:
Post a Comment