18 Julai 2015
(Foto: ABC)
SYDNEY - Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara
selama delapan tahun oleh |Mahkamah Australia setelah dia mengahwinkan
puterinya yang berusia 12 tahun dengan seorang lelaki berusia 26 tahun.
Dalam sidang di Kota Sydney, hakim menyatakan hukuman terhadap lelaki itu diharapkan membuat orang tua yang hendak menikahkan anak di bawah umur mengurungkan niat mereka.
Lelaki berusia 63 tahun itu sebelumnya sudah dinyatakan bersalah dalam sidang April lalu dengan dakwaan mendorong anak berusia di bawah 14 tahun melakukan aktiviti seksual ilegal.
Lelaki itu, yang tidak boleh disebut namanya untuk melindungi identiti puterinya, mengatakan kepada Mahkamah Daerah Downing Centre bahawa dia menganggap seks di luar nikah ialah satu dosa. Kerana itu, ketika puterinya mencapai usia pubertas, dia memutuskan anak tersebut harus menikah.
Bak gayung bersambut, seorang lelaki Lebanon yang sedang bermukim di Australia menggunakan visa pelajar, menunjukkan minat kepada puteri lelaki tersebut. Sang ayah kemudian mengundang penghulu untuk melaksanakan pernikahan.
Sebagaimana diberitakan BBC, Sabtu (18/7/2015), pernikahan siri itu berlangsung di sebuah hotel di kawasan Hunter Valley, sekitar 250 kilometer sebelah utara Sydney.
Beberapa minggu kemudian, kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun itu keguguran. Adapun lelaki Lebanon yang menikahinya dipenjara selama tujuh tahun dan enam bulan pada March lalu, dengan dakwaan melakukan pelecehan seksual terhadap anak di bawah umur.
Anggota keselamatan Australia kini masih mengurus anak perempuan tersebut.
Okezone.com

No comments:
Post a Comment