Saturday, July 18, 2015

Model Cantik Pakistan Dibebaskan dari Penjara

17 Julai 2015 
Ayyan Ali Dikenal Sebagai Salah Satu Model Paling Terkenal di Pakistan (Foto: AP)
Ayyan Ali Dikenal Sebagai Salah Satu Model Paling Terkenal di Pakistan (Foto: AP)
ISLAMABAD - Model Pakistan Ayyan Ali, yang ditahan atas dakwaan penyelundupan wang, dibebaskan dari penjara pada Khamis 16 Julai 2015. Ia keluar dari penjara Adiala dengan keselamatan ketat di Rawalpindi setelah mahkamah di Lahore membenarkan  pembebasan dengan jaminan.

Ayyan Ali (21) ditangkap diLapangan |Terbang Islamabad Mar  lalu setelah ditemui membawa USD500.000   wang tunai di dalam beg pakaiannya. Wang itu melebihi batas maksimum, USD10,000, yang diperbolehkan dibawa ke luar negeri.

Menurut laporan BBC, Jumaat (17/7/2015), Ali menegaskan wang didapat secara sah dari hasil penjualan hartanah. Ditambahkan ia tidak mengetahui ada pembatasan wang tunai yang boleh dibawa ke luar negeri.

Peguamnya, sebagaimana dikutip kantor berita AP, mengatakan Ali akan terus menghadiri perbicaraan bila saja diperlukan. Menurut pihak penuntut, model ternama itu terancam hukuman dengan dan penjara selama 14 tahun apabila dinyatakan bersalah.

Kes ini memicu perdebatan sengit tentang perlakuan yang diterima oleh selebriti dari kaca mata hukum. Sejumlah kalangan menanyakan apakah Ali mendapat perlakuan khusus di penjara, atau menjadi sasaran kerana ketenarannya
Okezone.com

No comments:

Post a Comment