17/7/15
net
April Jones
JAKARTA - Seorang pelaku pembunuhan kanak-kanak berusia 5 tahun di Britain mengaku dihantui oleh korbannya.
Mark Bridger, yang dipenjara seumur hidup di bulan Mei 2013, mengaku
bahawa dia terus digentayangi oleh arwah April Jones (5), di dalam
selnya.
Berdasarkan dokumen mahkamah, yang dilansir oleh Metro, Jumaat (17/7/2015), lelaki berusia 48 tahun itu mengaku didatangi oleh hantu April Jones di malam hari.
"Dia percaya hantu ini adalah April Jones, yang datang bersama dengan hantu seorang lelaki dewasa," ujar sumber.
April Jones diculik dari rumahnya di Machynlleth, Powys, pada Oktober 2012, membuat pencarian besar-besaran di seluruh Britain
Polis akhirnya berhasil menemui tulang belulang di perapian sebuah rumah. Sejak penemuan itu, rumah itu dibongkar.
Hingga saat ini, Brigdge selalu membantah bahawa dia membunuh April dengan sengaja.
Ia selalu berkilah tak sengaja membunuhnya ketika kereta yang dipandunya melanggar April.
TRIBUNNEWS.COM

No comments:
Post a Comment