Sinar Harian
Mek Jah (dua, kanan) mendengar penjelasan Zarina tentang status sijil kelahiran Haikal (kiri) dan Mohd Shakir.
KOTA BHARU - Penantian selama sembilan tahun seorang nenek, Mek Jah
Yaakob untuk mendapatkan sijil kelahiran cucunya bakal berakhir apabila
mendapat perhatian pihak Wanita Umno Bahagian Pengkalan Chepa.
Mek Jah, 55, mendakwa usaha untuk mendapatkan sijil kelahiran Haikal Zulkifli, 9, pernah dilakukan ketika cucunya berusia dua tahun namun ditolak atas alasan terlebih umur.
“Masalah kekeluargaan yang dihadapi anaknya yang juga bapa Haikal ketika cucunya masih bayi menyebabkan berlaku kesulitan untuk mendaftarkan sijil kelahirannya ketika itu,” katanya kepada media selepas pada majlis penyampaian zakat oleh Wanita Umno Bahagian Pengkalan Chepa di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Mek Jah berkata, sepanjang sembilan tahun jugalah mereka sekeluarga hidup dalam kebimbangan setiap kali memikirkan masa depan Haikal.
Menurutnya, disebabkan tidak memiliki sijil kelahiran Haikal gagal didaftarkan untuk memasuki tahun satu di mana-mana sekolah sebaliknya kini hanya menumpang di sebuah sekolah berhampiran rumahnya.
Selain Haikal, seorang lagi cucu Mek Jah, Mohd Shakir Azmi, 3, juga tidak memiliki sijil kelahiran walaupun pelbagai usaha dilakukan.
Menurut ibunya, Suraya Isa, 26, anak bongsu daripada empat beradik itu dilahirkan di rumah dan dakwanya atas alasan itu dia gagal mendaftarkan kelahiran Mohd Shakir.
“Suami pernah cuba mendaftarkan kelahiran anak mereka itu, namun gagal, selepas 40 hari saya membawa Mohd Shakir untuk menyelesaikan proses pendaftaran namun sekali lagi ia ditolak walaupun semua dokumen yang diperlukan sudah dilampirkan bersama,” katanya.
Sementara itu, Zarina berkata, beliau sedaya upaya cuba membantu menyelesaikan masalah dihadapi Mek Jah akhirnya mendapat maklum balas positif pihak berkenaan, dan keduanya dijangka menerima sijil kelahiran masing-masing selepas Aidilfitri ini.
Menurutnya, nasib Mek Jah dan keluarga sudah mendapatkan pembelaan sewajarnya, malah pihaknya juga sudah menyediakan rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

No comments:
Post a Comment