Penulis itu didakwa menghina Institusi Beraja dan Islam dalam buku terbarunya bertajuk Aku _, maka aku ada.
PETALING JAYA : Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menggesa
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan terhadap penulis Mohd
Faizal Musa atau Faisal Tehrani yang mengkritik dan mempertikai
Institusi Beraja dan Islam dalam buku terbarunya.
Ketua Penerangan Perkasa, Hasan Basri berkata, selama ini KDN hanya
mengambil tindakan terhadap buku-buku yang ditulisnya tetapi tidak
kepada penulis itu.
“Secara tidak langsung apabila mengkritik Institusi Beraja,
mengkritik Institusi Islam dan seumpamanya, ia bermaksud satu ancaman
kepada hak-hak yang telah dijamin oleh Perlembagaan itu sendiri.
“Buku-buku ini bukan sahaja diharamkan tetapi sepatutnya diambil
tindakan kepada penulis itu sendiri,” katanya ketika dihubungi Free
Malaysia Today.
Sebelum ini, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) meluahkan kurang senang
dengan Faisal Tehrani yang didakwa menghina Institusi Beraja dan Islam
menerusi bukunya bertajuk aku _, maka aku ada.
Menurut Hasan, KDN perlu bertindak lebih keras kepada mereka yang
mengkritik Institusi Beraja dan Islam di negara ini mengikut akta-akta
yang ada kerana ia boleh meracuni pemikiran orang ramai.
“KDN sepatutnya bertindak tegas dalam sesuatu yang membaca ancaman.
Hari ini kita diancam dengan fahaman pluralisme, liberalisme..ancaman
ini datang dari pelbagai. Dari penulisan akhirnya yang membawa cukup
besar.
“Pada pandangan saya, KDN kena bertindak mencegah daripada fahaman
menerusi penulisan-penulisan. Faisal Tehrani ini dia bukan penceramah
tetapi dia menggunakan penulisan dalam buku-bukunya,” katanya.
Beliau turut mempersoalkan tindakan yang diambil oleh KDN yang hanya
mengharamkan buku tetapi penulis dan penerbit tidak dipanggil kerana ia
bukan sahaja memberi ancaman kepada negara tetapi merosakkan akidah
orang ramai.
FMT

tehrani - syiah
ReplyDeleteamat bahaya
penulisan buku2 yg pastinya ada racun syiah
kenapa tehrani? kenapa tak alor gajahi, ulu bendoli dll