TANAH MERAH - Walaupun diri sendiri terpaksa dibantu untuk menguruskan
hidup, seorang pesakit saraf di Kampung Panjang, dekat sini, tidak ada
pilihan kecuali terpaksa menjaga dua daripada tiga anaknya.
Pengorbanan tersebut terpaksa dilakukan Zainudin Abdullah, 40, kerana dua anaknya berusia lapan dan 11 tahun itu bersekolah di kampung, manakala isterinya, Azwa Samsudin, 36, bertugas sebagai jururawat di Hospital Serdang, Selangor.
Menurut Zainudin, keadaan berlarutan semenjak dia pulang menetap di kampung hampir dua tahun lalu itu cukup membebankan kerana dia sendiri hilang upaya akibat penyakit dihidapinya.
Katanya, penyakit saraf dihidapi sejak 2012 itu menyebabkan dia hanya mampu berkerusi roda dan perlukan bantuan orang lain untuk menguruskan hidupnya seharian.
“Nak naik atas kerusi roda kena ada orang tolong angkatkan dan ada kalanya, nak pakai seluar baju sendiri pun kena orang lain bantu,” katanya.

Dia ditemui ketika menerima kunjungan Adun Gual Ipoh, Mohd Bakri
Mustapha yang dalam rangka lawatan ke rumah penduduk sakit dan daif di
sekitar Dun berkenaan, semalam.
Pada kunjungan di Kampung Panjang, Gobek dan Bechah Laut itu, Mohd Bakri yang juga Timbalan Ketua Umno Tanah Merah menyampaikan sumbangan wang kepada penduduk terbabit
Justeru, Zainudin berharap, permohonan isterinya untuk bertukar balik ke kampung yang dijangka diketahui keputusannya pada Ogos ini diberikan pertimbangan sewajarnya pihak berkenaan.
“Kalau isteri ada di sisi, sekurang-kurangnya dia dapatkan uruskan anak-anak dan saya pun tak perlu minta bantuan orang lain untuk tolong uruskan diri saya sendiri,” katanya.
Tambahnya, di samping pendapatan isteri, dia mengharapkan elaun bulanan bantuan orang kurang upaya (OKU) sebanyak RM200 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk sara hidup keluarga.
“Selain harap isteri dapat ditukarkan segera, saya juga merayu bantuan bulanan untuk persekolahan dua anak kami yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Panjang.
“Sebelum jatuh sakit, saya kerja pemandu teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan sekarang tinggal bersama dua anak di kampung, manakala seorang lagi anak berusia tiga tahun dijaga isteri,” katanya.
Sementara itu, Mohd Bakri memberitahu, program ziarah itu bertujuan mendekati rakyat di samping memberikan semangat kepada mereka yang sakit dan daif.
“Saya perlu bertanggungjawab atas mandat diberi rakyat, bukan sahaja dari segi menyediakan kemudahan infrastruktur dan baik pulih rumah tetapi juga mendekati rakyat melalui ziarah,” katanya.

No comments:
Post a Comment