27 Jul 2015
Tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin berkata, beliau mendapat maklumat
bahawa pasukan petugas khas yang menyiasat 1MDB sudah memperolehi bukti
memadai untuk mendakwa individu terbabit.
Tanpa mendedahkan sumbernya, A Kadir mengaitkan maklumat daripada “bekas pengawai tinggi perundangan” itu dengan siasatan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Kata (sumber), undang-undang berhubung rasuah yang terpakai ke atas penjawat awam agak jelas.
“Apa yang mereka dapat yang bukan gaji atau elaun membangkitkan gambaran rasuah dan salah guna kuasa. (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak) seorang penjawat awam.
"(Sumber) menyebut bahawa PM tidak menafikan pernah memiliki akaun bank peribadi di AmBank, yang pada satu masa menyimpan RM2.63 bilion,” kata Kadir dalam tulisannya di blog kadirjasin.blogspot.com.
Pergerakan wang berkenaan sebelum pada awal bulan ini dilaporkan sebagai salah satu tumpuan siasatan pasukan petugas khas dalam kes 1MDB.
Kadir juga menyatakan kebimbangan kerana melihat tumpuan siasatan polis dalam kes 1MDB sudah menyimpang kepada aspek politik.
Sebelum ini, tumpuan siasatan polis adalah ke atas aspek jenayah dalam kes 1MDB tetapi kini beralih kepada dakwaan konspirasi untuk menjatuhkan PM dan peranan Xavier Andre Justo.
Namun, Kadir berkata beliau percaya polis atau mana-mana anggota badan petugas khas itu tidak akan dapat mensabotaj atau mengalihkan tumpuan
“Mereka perlu memainkan peranan sebagai anggota pasukan atau akan dicap sebagai pembelot,” kata bekas ketua pengarang kumpulan NSTP itu lagi.

Malaysiakini
No comments:
Post a Comment