Sunday, July 26, 2015

'Saya pegang kenyataan mufti'

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu
GEORGETOWN - Bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyatakan pendiriannya sama dengan  Mufti Pulau Pinang berhubung isu bai'ah.

Menurutnya, beliau bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berhubung isu itu tempoh hari.

Isu ini saya tidak mahu mengulas lanjut. Saya berpegang kepada kenyataan Mufti Pulau Pinang tempoh hari.

“Apa yang dikeluarkan mufti (negeri), itulah yang saya pegang,” katanya ketika ditemui di Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pasma dan Harapan Baru peringkat negeri di sini malam kelmarin.

Terdahulu, Dr Wan Salim melalui kenyataannya menegaskan, sumpah bai’ah talak tiga oleh semua wakil rakyat Pas sama sekali tidak sah.

Beliau berkata, perkara itu tidak boleh dipandang ringan dan sengaja memudahkan lafaz talak semata-mata untuk mencapai kepentingan diri atau kumpulan sendiri sedangkan talak atau perceraian antara pasangan suami isteri adalah perkara yang paling dibenci ALLAH.

Sebelum ini, Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menyatakan bahawa setiap wakil rakyat Pas di negeri itu yang mengambil keputusan keluar parti tanpa meletak jawatan, secara automatik dianggap menceraikan isteri masing-masing dengan talak tiga.

Beliau berkata, perkara itu terkandung dalam lafaz bai’ah yang dibuat setiap wakil rakyat Pas di Kelantan sejak 2004.

Menjawab soalan media berhubung statusnya dalam Pas, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, keahliannya akan terbatal secara automatik selepas menyertai parti baharu.

“Saya masih ahli Pas. Selagi saya tidak menyertai parti baharu, saya masih ahli Pas yang sah walaupun sedang menggerakkan parti baharu. Bagaimanapun, selepas ini keahlian saya secara automatik akan terbatal apabila menyertai parti baharu,” katanya.

Ditanya siapa yang bakal mengetuai parti politik baharu itu sebagai presiden, Mat Sabu berkata, ia akan diputuskan apabila parti politik baharu itu diluluskan secara rasmi oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

“Selepas dapat kelulusan ROS, kita akan bermesyuarat dan bincang siapa yang bakal mengetuainya kelak.

“Kita juga menimbangkan beberapa nama bagi parti baharu itu bagi menggantikan Harapan Baru. Kita sedang melihat beberapa nama yang sesuai antaranya Parti Progresif Islam,” katanya.

3 comments:

  1. Jangan halang atau melambat2kan mereka dari keluar parti.. pleaaaaazzzeee..

    ReplyDelete
  2. Cara nak sekat org sbb dh takut sgt ramai yg nak kluar tu... Kesian pas... Kes baaiah ni juga contoh buruk pas selama ni mepermain institusi keluarga yg bernilai tinggi .. Ni le manusia baik lebai atau tak lebih kurang aja... Politik punya pasal semua boleh...

    ReplyDelete
  3. Nape depa ji cakap2 berdegar2 tapi keluar PAS jugak..agak2 DAP nak bg tumpang tak..
    200%..

    ReplyDelete