
Keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak Di Dalam Isu Hubungan Dengan DAP
PAS terus istiqamah dengan prinsip Islam sebagai rahmat untuk semua yang menegakkan keadilan dan kesejahteraan untuk semua kaum.
Oleh kerana itu, PAS konsisten meneruskan hubungan dengan semua pihak
menerusi hubungan tahaluf siasi bersama parti politik dan NGO bukan
Islam.
Dalam masa yang sama PAS tetap teguh berpegang dengan dasar-dasar Islam ketika berhubung dengan semua pihak.
Namun Majlis Syura Ulamak kesal dengan tindakan-tindakan provokasi
berterusan dan keputusan DAP yang mengecam dan melanggar semangat
kerjasama Pakatan Rakyat, serta campur tangan dalam aqidah, dasar dan
matlamat PAS.
Oleh itu, Majlis Syura Ulamak memutuskan bahawa hubungan tahaluf
siasi dengan DAP terbatal. Dalam masa yang sama, PAS mengekalkan tahaluf
siasi bersama PKR.
Keputusan ini diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk dilaksanakan menurut kesesuaian dan keperluan politik semasa.
DATUK DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH
Setiausaha Majlis Syura Ulamak,
24 Ramadhan 1436 / 11 Julai 2015
Setiausaha Majlis Syura Ulamak,
24 Ramadhan 1436 / 11 Julai 2015
No comments:
Post a Comment