Thursday, July 2, 2015

Telinga remaja ini dimasuki lipan

Kelabang yang dicabut dari kuping. (Foto: Daily Mail)
Lipan yang dicabut dari telinga. (Foto: Daily Mail)
ARKANSAS – Grant Botti merasakan sesuatu yang sakit di bahagian dalam telinganya. Penasaran, remaja asal Arkansas, Amerika Syarikat, itu memutuskan untuk menyiasatnya. Dia terkejut ketika mengetahui ada seekor lipan di dalam telinganya.

Seperti diberitakan Daily Mail, Rabu (1/7/2015), ibu dari Botti, Angela Botti, cuba menarik lipan berukuran 4 inci tersebut, dan usahanya cukup berhasil. Lipan tersebut berhasil keluar dari telinga Botti.

Angela pun menempatkan kelabang yang masih hidup itu ke dalam sebuah plastik. Kemudian, membawa anaknya tersebut ke unit kecemasan rumah sakit.

Seorang doktor menemui luka kecil di gegendang telinga Botti. Setelah dirawat, remaja berusia 14 tahun itu boleh meninggalkan rumah sakit.
Angela mengatakan kepada KATV bahawa mereka tidak tahu dari mana hewan itu boleh masuk ke telinga anaknya. Namun, beberapa waktu terakhir Botti memang sempat berenang di tempat terbuka.

Para doktor dan jururawat Saline Memorial mengatakan mereka sering melihat telinga seseorang disusupi binatang. Tetapi, mereka tidak pernah melihat lipan sampai saat ini.

No comments:

Post a Comment