Saturday, July 4, 2015

Tiada siapa patut dikecualikan termasuk Perdana Menteri -Tun M

 | July 4, 2015
Setiap individu yang melakukan kesalahan perlu disiasat dengan telus tanpa ada sebarang unsur pilih kasih atau mengira kedudukan seseorang.
mahathir,najib
PETALING JAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata semua individu di negara ini termasuk Perdana Menteri tidak dikecualikan daripada disiasat disiasat secara telus dan adil jika ada melakukan kesalahan.

Katanya, setiap individu tanpa mengira pangkat perlu dilayan sama rata, mengikut peruntukan undang-undang negara.

“Kita bercakap mengenai kesamarataan di sisi undang-undang.
“Di negara ini walaupun raja-raja tertakluk kepada undang-undang tertentu. Ia adalah intipati keadilan.
“Kita mesti sama rata dalam melaksanakan undang-undang. Setiap orang yang perlu disiasat oleh agensi-agensi kerajaan terlibat perlu menjalaninya. Tidak boleh ada diskriminasi,” tegasnya.

Menulis dalam entri terbaru diblognya, bekas Perdana Menteri itu berkata, rakyat negara ini terpaksa merelakan diri untuk membayar cukai.

Ini kerana, katanya, mereka takut sekiranya dikenakan tindakan undang-undang sekiranya tidak berbuat demikian.
“Mereka takut sekiranya kediaman ataupun perniagaan mereka diserbu oleh pihak berkuasa.
“Saya tahu perkara ini kerana pernah diserbu selepas dipecat daripada parti dan bekerja sendiri sebagai pengamal perubatan,” katanya.
FMT

No comments:

Post a Comment