Thursday, August 27, 2015

BERSIH timbang tindakan undang-undang jika laman web disekat

27/08/15
BERSIH mungkin mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) jika ia menyekat laman web yang mempromosi dan menggalakkan orang ramai untuk menyertai perhimpunannya.
Ahli jawatankuasa pemandu pemantau pilihan raya itu, New Sin Yew berkata, ini kerana suruhanjaya itu melarang hak untuk mendapatkan maklumat.

Katanya, jika SKMM tidak menarik balik larangan tersebut bila perhimpunan itu diadakan, pihaknya mungkin mengambil langkah-langkah perlu selepas perhimpunan tersebut.

Mengulas lanjut, New berkata, semua orang mempunyai hak kebebasan bersuara, seperti yang termaktub di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, hak bersuara itu termasuk maklumat, sambil menambah bahawa apa yang SKMM lakukan ialah menapis maklumat.
Memetik kenyataan oleh Kementerian Dalam Negeri, SKMM hari ini berkata sekatan itu dibuat kerana laman web berkenaan boleh mengancam kestabilan negara.

Perhimpunan BERSIH 4 akan diadakan hujung minggu ini dan antara lain bertujuan untuk mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

No comments:

Post a Comment