Wednesday, August 5, 2015

Pas bukan musuh Harapan Baru

Pas bukan musuh Harapan Baru
Aminolhuda (tengah) bersama Dzulkefly (kanan) menunjukkan risalah mengenai gerakan berkenaan.
JOHOR BAHRU - Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) Johor tidak menjadikan Pas di negeri ini musuh,” kata Pengerusinya, Aminolhuda Hassan.

Katanya, gerakan itu sentiasa menggunakan pendekatan inklusif menjadikan semua pihak rakan demi membela rakyat.

“Dalam politik tiada keperluan untuk Harapan Baru meramaikan musuh malah gerakan ini tidak pernah menjadikan Pas musuh.

“Kalau boleh kami mahu sentiasa duduk semeja (dengan Pas) bagi usaha bela rakyat,” katanya di sini, semalam.

Aminolhuda yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Johor berkata, gerakan itu akan terus bertindak sebagai check and balance dalam Pas.

“Kita mahu wujudkan ‘hubungan’ dengan semua orang termasuk mereka yang bukan Muslim.

“Malah bersama DAP dan PKR juga, kami diterima baik setiap kepimpinan serta ahli. Mereka turut sertai acara Harapan Baru Johor,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi GHB Johor, Dzulkefly Ahmad menafikan dakwaan kononnya gerakan itu ‘mencuri’ ahli Pas.

“Itu tidak betul, ini kerana selepas Muktamar Tahunan Pas lalu, ramai hendak tahu (secara sukarela) apa sebenarnya berlaku dalam Pas sekali gus hadir program kami.

“Mereka (khususnya ahli Pas) mahu dengar setiap penerangan. Kita tak curi ahli, sebaliknya benarkan mereka dengar dan kemudian buat keputusan,” katanya.

No comments:

Post a Comment