Baginda mengingatkan Nazri supaya sentiasa berpegang
kepada pepatah Melayu 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan
binasa',
PETALING JAYA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan
Iskandar memberi amaran kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk
Seri Mohamed Nazri Aziz supaya jangan angkuh.
Beliau bertitah demikian susulan Nazri yang dilaporkan mahu menyerang
anakanda baginda,, Tuanku Mahkota Johor (TMJ), Tuanku Ismail ibni
Sultan Ibrahim.
Baginda mempersoalkan adakah pemimpin yang bersikap seperti itu patut dihormati?
“Ingatlah pepatah Melayu sering menyebut kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa,” titah baginda titah baginda sempena Majlis
Perasmian Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, di Ibu Pejabat Polis
Kontijen Johor pada Jumaat.
Sultan Ibrahim juga sekali lagi mengingatkan ahli politik supaya
tidak mencampuri urusan Istana Johor dan membuat sebarang kenyataan yang
mengaitkan dengan Istana Johor.
Baginda turut menegaskan tidak akan sesekali mencampuri urusan mana-mana parti politik.
“Oleh itu suka saya nasihatkan di sini kepada mana-mana ahli-ahli
politik, antaranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk
Tengku Putra Haron Aminnurashid Jumat supaya tidak membuat kenyataan
yang mengaitkan pihak Istana Johor.
“Walaupun banyak pemimpin politik yang datang berjumpa saya, saya
hanya mendengar cerita mereka dan tidak akan memihak kepada mana-mana
parti atau individu,” titah baginda.
Baginda juga menasihatkan kerajaan bersikap telus dan berterus terang
kepada rakyat kerana di dalam dunia moden ini, tidak ada apa-apa yang
boleh disembunyikan.
“Apa yang saya pentingkan adalah kesejahteraan hidup rakyat saya dan
kemakmuran negeri Johor mesti dijaga melalui perpaduan dan pengukuhan
muafakat bangsa Johor,” titah baginda.
FMT
No comments:
Post a Comment