TH sedang bekerjasama dengan pihak Muasassah Asia
Tenggara dalam operasi mencari enam jemaah yang terdiri daripaada dua
lelaki dan empat wanita.
PETALING JAYA: Seramai 10 jemaah haji Malaysia cedera manakala enam
lagi masih belum dapat dikesan dalam tragedi kren tumbang di Masjidil
Haram di Makkah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom
berkata tujuh jemaah lelaki dan tiga wanita yang dilaporkan stabil itu
mengalami kecederaan seperti patah tulang kaki, cedera ringan di kepala
dan patah pergelangan kaki.
“Tiga daripada mereka kini dirawat di hospital Arab Saudi, enam di
Pusat Rawatan TH (Tabung Haji) dan seorang telah dibenarkan pulang ke
bilik penginapan,” katanya dalam sidang media di Kompleks TH di Kelana
Jaya, lapor Bernama.
Beliau berkata, TH sedang bekerjasama dengan pihak Muasassah Asia
Tenggara dalam operasi mencari enam jemaah yang terdiri daripaada dua
lelaki dan empat wanita.
“Yang belum dikesan itu sudah dikenal pasti…menurut andaian dan
pengalaman kita mungkin mereka ada dalam masjid, beriktikaf dan
sebagainya atau ada yang lewat balik ke maktab masing-masing,” jelasnya.
Laporan awal menyebut enam rakyat Malaysia disahkan cedera dalam
kejadian yang berlaku pada 5.30 petang Jumaat (10 malam di Malaysia).

No comments:
Post a Comment