Ridhuan Tee meminta orang Melayu melihat diri sendiri sebelum menyalahkan bangsa lain.
PETALING JAYA: Himpunan Baju Merah yang dirancang pada 16 September
ini tidak akan membawa sebarang keuntungan kepada orang Melayu.
Pensyarah dan pendakwah bebas, Prof Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
berpandangan, sebelum bertindak, orang Melayu sepatutnya menghitung diri
sendiri.
Katanya, berbeza dengan orang Cina yang bersatu padu dengan sumber
kewangan yang kukuh, orang Melayu pula berpecah belah dan tikam menikam
antara satu sama lain.
“Melayu pula bagaimana? Ekonomi jauh ketinggalan. Perpaduan entah ke
mana? Merempit dan mendadah sana sini. Berpecah hampir kepada
berpuluh-puluh kumpulan.
“Sesama kumpulan tikam-menikam. Masing-masing mahu berkuasa. Pendek
kata, senaraikan masalah Melayu, menjela-jelalah jawabnya,” tulisnya di
akhbar Sinar Harian.
Menerusi rencananya, Ridhuan Tee berkata, himpunan itu tidak akan
membawa sebarang keuntungan bak kata pepatahah Melayu, “Menang sorak,
kampung tergadai”.
Katanya, sekiranya penganjuran itu hanya ingin menunjukkan siapa lebih kuat, ia adalah salah.
“Mahu tunjuk siapa lebih ramai atau siapa lebih kuat? Apa yang akan kita dapat selepas itu? Menang sorak,” soalnya.
“Mahu tunjuk siapa lebih ramai atau siapa lebih kuat? Apa yang akan kita dapat selepas itu? Menang sorak,” soalnya.
Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya orang Melayu supaya
berhenti melakukan kerja-kerja tidak bermanfaat yang secara tidak
langsung merugikan bangsa mereka sendiri.
“Tumpukan perhatian untuk membangunkan anak bangsa agar menjadi manusia berguna,” katanya.
FMT

No comments:
Post a Comment