Pas enggan menyertai PR 2.0 namun hanya akan bekerjasama dengan PKR.
PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak terkejut dengan
keputusan Pas untuk tidak bersama Pakatan Rakyat 2.0 (PR 2.0) namun
hanya akan bekerjasama dengan PKR.
Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayob berkata, pendirian Pas itu
akan memudahkan pembentukan PR 2.0 yang menggabungkan PKR, DAP dan
AMANAH dan NGO lain.
“Setelah berkali-kali AMANAH mempelawa supaya Pas bersama menyertai
perbincangan untuk menubuhkan muafakat politik baharu, Pas hari ini
telah membuat keputusan untuk tidak bersama dalam Pakatan Rakyat 2.0 itu
namun hanya akan berkerjasama dengan PKR.
“Saya berpendapat bahawa keputusan Pas itu akan memudahkan AMANAH,
PKR, DAP bersama NGO lain, untuk segera menubuhkan Pakatan Rakyat 2.0,”
katanya dalam kenyataan media.
Salahuddin menyerahkan kepada rakyat untuk i pendirian dan keputusan yang telah dibuat Pas itu.
“AMANAH mengulangi pendirian dan komitmen bahawa kami akan bersama
dengan tuntutan rakyat untuk bersama dalam Pakatan Rakyat 2.0 bagi
membawa perubahan politik sekaligus menyelamatkan Malaysia,” katanya.
FMT

No comments:
Post a Comment