Malaysiakini 14/09/15
Polis yakin kes kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan
di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais, dapat diselesaikan dalam
masa terdekat berdasarkan beberapa pertunjuk baru yang diperoleh.
Ketua
Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata rakaman pada kamera litar
tertutup (CCTV) menunjukkan kereta Morais dihalang oleh sebuah kereta
lain sebelum dia ditarik keluar dan dibawa lari.
"Kami akan
selesaikan kes tersebut dalam masa terdekat dan setakat ini kita sudah
ada petunjuk baru," katanya dalam sidang media Mesyuarat Biro Maritim
Antarabangsa di ibunegara hari ini.
Berhubung kereta yang dijumpai
terbakar di ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Samak di Hilir Perak
yang didakwa milik Morais, Khalid berkata siasatan masih berjalan.
Setakat
ini tidak ada sebarang panggilan menuntut wang tebusan, katanya.
Sebelum itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd
Shuhaily Mohd Zain, berkata siasatan polis tidak menjumpai sebarang
bukti yang boleh mengaitkan kenderaan tersebut dengan Morais.
Morais
dikatakan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara
Duta, Kuala Lumpur, dengan memandu kereta Proton Perdana berwarna kelabu
dengan nombor pendaftaran WA6264Q pada 4 September lalu untuk ke
pejabatnya di Putrajaya.
- Bernama
togel kepala bpk lu
ReplyDeletetogel kepala bpk lu
ReplyDelete