Monday, September 14, 2015

Dr Mahathir: Najib dan kerajaan perlu bersihkan nama Malaysia

 | September 14, 2015
Penyiaran dokumentari pembunuhan Altantuya oleh Al Jazeera telah memburukan nama Perdana Menteri dan negara ini.
Mahathir,-Al-Jazeera,-Altantuya,-government3
PETALING JAYA: Dokumentari setengah jam pembunuhan Altantuya Shariibuu yang disiarkan agensi berita antarabangsa, Al Jazeera, pada 31 Ogos lalu bukan saja mencemarkan nama Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi juga memburukkan nama Malaysia.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bukan perkara menyenangkan apabila Perdana Menteri Malaysia dikaitkan dengan kes pembunuhan wanita Mongolia itu.

Sehubungan itu, Najib dan kerajaan Malaysia bertanggungjawab untuk membersihkan nama negara ini ekoran penyiaran dokumentari itu yang disiarkan di seluruh dunia, katanya.

“Bukti perlu diberikan bahawa pembunuhan itu tidak berselindung, penglibatan polis dan Razak Baginda sama sekali tidak bersalah atas jenayah kejam itu.
“Pihak kehakiman termasuk Pejabat Peguam Negara juga tampil membersihkan nama terutama melibatkan pembebasan Razak Baginda dan rayuan Peguam Negara yang terhad kepada dua anggota polis yang akhirnya dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Rayuan,” tulisnya diblog.

Dr Mahathir berkata, rakyat Malaysia di luar negara tertanya-tanya apa yang sebenarnya berlaku di negara ini dan penyiaran dokumentari ini tidak akan membaiki imej negara ini yang telah terjejas dengan beberapa skandal.

Katanya, kerajaan Malaysia perlu memandang serius penyiaran dokumentari itu dan berusaha membersihkan nama negara ini.
“Arahan menutup pejabat Al Jazeera di negara ini tidak akan mengubah apa-apapun. Dokumentari itu telah menjadi viral di negara ini dan masih ditayangkan di seluruh dunia,” katanya.

Katanya, jika kerajaan berpendapat apa yang disiarkan Al Jazeera itu fitnah maka tindakan saman perlu diambil terhadap agensi berita itu.
“Al Jazeera ditonton oleh jutaan penonton di seluruh dunia. Kebanyakkannya percaya apa yang dilihat. Penafian oleh kerajaan mungkin boleh menyakinkan rakyat tempatan bahawa kandungan dokumentari itu tidak benar tetapi tidak bagi rakyat asing,” katanya.

No comments:

Post a Comment