Mat Nawi terlantar akibat strok manakala Mohd Alif (memeluk bapanya) sedang berjuang untuk berjalan dengan sempurna.
TUMPAT - Bukan sahaja diuji anak mengalami kaki lembik, seorang isteri
hilang punca apabila suaminya pula terlantar sakit kerana serangan
strok.
Dugaan perit itu ditanggung Zaini Mohamad, 48, dari Kampung Bunut
Sarang Burung apabila dia terpaksa mengambil alih tugas ketua keluarga
sejak suaminya, Mat Nawi Mat Hassan, 53, tidak dapat bekerja sebulan
lalu.
Zaini berkata, ketika dia berjuang memberi semangat kepada anaknya Mohd
Alif Ikwan Mat Nawi, 9, yang mengidap masalah kaki lembik disebabkan
penyakit spina bifida agar dapat berjalan semula, dia diuji pula dengan
penyakit yang ditanggung suaminya itu.
“Kehidupan kami sekeluarga ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, dugaan datang bertubi-tubi.
“Semoga saya diberi kekuatan untuk menghadapi ujian getir ini,” katanya yang mempunyai lima anak.
Dalam keperitan hidup itu, Zaini bersyukur kerana Persatuan Orang Kota
Bharu (POKB) sedang mengusahakan kasut khas buat Mohd Alif yang bernilai
RM10,000.
Katanya, kini dia tiada pendapatan kerana sukar untuk keluar bekerja
manakala suaminya yang terlantar itu sudah tamat kontrak sebagai tukang
kebun.
“Saya mengambil upah kupas bawang di kantin sekolah dengan pendapatan
RM20 sehari, sekarang ni terpaksa berhenti kerja dulu buat sementara
waktu,” katanya.
Menurutnya, sejak suaminya terlantar, dia juga sukar membawa Mohd Alif
menjalani fisioterapi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)
Kubang Kerian.
Katanya, sukar untuknya meninggalkan suaminya itu yang tidak dapat berjalan dan menguruskan diri sendiri itu.
“Saya sentiasa menaruh harapan tinggi agar suami dapat pulih seperti sedia kala,” katanya.
MB dan Timbalannya dok maing burung ke atau sebuk menghitung duit hasil balak....tidak bertanggungjawab terhadap rakyat pemimpin-pemimpin PAS ni dek sebuk berpolitik...
ReplyDelete