30/09/15
Kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed bahawa
parti itu mempertimbang keluar daripada kerajaan Selangor dikatakan
hanya pandangan peribadi.
Sebaliknya, Pesuruhjaya PAS Selangor
Datuk Iskandar Abdul Samad menegaskan mereka akan terus kekal dalam
kerajaan pimpinan menteri besar PKR itu, walaupun selepas Pakatan
Harapan dibentuk.
“Itu pandangan peribadi, bukan pandangan PAS
Selangor. Malah PAS Pusat bersetuju kita terus bersama di dalam kerajaan
negeri Selangor.
“Kami di Selangor telah diarah untuk terus
bersama dalam kerajaan,” kata Iskandar yang juga naib presiden PAS
kepada Malaysiakini.
ADUN Cempaka itu mengingatkan bahawa Menteri
Besar Mohamed Azmin Ali sendiri menegaskan Pakatan Harapan tiada kena
mengena dengan kerajaan negeri Selangor.
“Pakatan Harapan adalah strategi politik untuk menghadapi PRU14,” kata Iskandar.
“Negeri Selangor dirampas bersama dari BN oleh PAS, PKR dan DAP bukan Pakatan Harapan,” tegas Iskandar lagi.
Utusan
Malaysia hari ini melaporkan Mahfodz sebagai berkata, PAS akan
mempertimbangkan keputusan keluar daripada Selangor berikutan
pembentukan Pakatan Harapan tanpa PAS.
“PAS tidak akan ada
perhubungan lagi dengan DAP. Kita akan bawa berbincang mengenai perkara
ini (keluar dari Selangor) dalam jawatankuasa politik PAS dalam masa
terdekat.
“Pakatan pembangkang yang baharu masih baharu dan secara
realitinya, PAS masih berada dalam pakatan kerajaan di Selangor
sehinggalah pilihan raya umum akan datang,” Mahfodz dipetik sebagai
berkata.
Dalam gabungan baru itu, PKR dan DAP menerima Parti Amanah Negara (AMANAH), serpihan PAS, sebagai sekutu baru.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment