Monday, September 21, 2015

Jawatan Peguam Negara perlu dilindungi Perlembagaan Persekutuan

 | September 20, 2015
Bekas Hakim Mahkamah Rayuan mencadangkan Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi melindungi penyandangnya.
Jawatan-Peguam-Negara 
PETALING JAYA: Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi memberi perlindungan ke atas jawatan Peguam Negara.
Syor berkenaan dibuat bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Hishamudin Yunus.

Jelas beliau, sehingga 1963, penyandangnya dilindungi.
Bagaimanapun selepas pindaan Perlembagaan Persekutuan dibuat pada tahun berkenaan, ia menghapuskan peruntukan itu.

Di bawah pindaan itu, mereka yang dilantik menyandangnya tidak semestinya daripada ahli Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (JLS).
Ia bermakna pemegang jawatan berkenaan tidak dilindungi di bawah Artikel 135 yang memperuntukkan penjagaan hak dan perlindungan penjawat awam semasa prosedur pembuangan kerja atau penurunan pangkat.

“Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Peguam Negara harus menjadi ahli JLS (perkhidmatan kehakiman dan perundangan) dan beliau mendapat perlindungan ke atas jawatannya dan beliau hanya boleh digugurkan dengan cara yang sama seperti Hakim Mahkamah Agung (dengan penubuhan tribunal),” katanya yang dipetik daripada Mstar Online.

Jelasnya, berdasarkan pindaan yang dibuat, di bawah Artikel 145 (5) Peguam Negara memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.
“Ini bermaksud Peguam Negara, pada bila-bila masa, boleh digugurkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Kabinet atau seorang menteri yang bertindak di bawah bidang kuasa am Jemaah Menteri (Artikel 40).

Kedudukan Peguam Negara menjadi isu apabila Tan Sri Gani Patail ditamatkan perkhidmatannya pada Julai lalu dan pengumumannya telah dibuat Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau kemudian digantikan dengan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Mohd Apandi Ali.

1 comment:

  1. SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB

    ReplyDelete